Jenis Terjemahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera πŸ˜ƒ

Untuk pengetahuan semua, terjemahan terbahagi kepada 2 jenis. Yang pertama ialah terjemahan tulisan dan yang kedua ialah terjemahan lisan. Kedua-dua jenis terjemahan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri....

Apakah ciri-ciri tersebut??? 

πŸ‘‰Ciri-ciri terjemahan tulisan ialah

¡  Dilakukan secara bertulis.
¡  Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan.
¡  Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak.
¡  Penguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik.

πŸ‘‰Ciri-ciri terjemahan lisan pula ialah

  Perlu berpengetahuan luas.
  Mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan.
  Dikenali sebagai interpreter.
  Perlu menjalani latihan yang panjang & perlu mencari pengalaman yang berterusan.
  Selain menjadi penterjemah yang baik, dia juga perlu menjadi pentafsir yang mahir.


Jika dilihat daripada ciri-ciri yang dinyatakan, pada pendapat saya terjemahan tulisan lebih mudah berbanding terjemahan lisan. Hal ini kerana terjemahan lisan memerlukan kepakaran yang sangat tinggi dalam bahasa yang akan diterjemahkan lantaran terjemahan lisan perlu diterjemah secara langsung dan tidak boleh dibaiki jika ada kesalahan.😟 Hal ini berbeza dengan terjemahan tulisan. Terjemahan tulisan boleh dibaiki dan disemak sebelum diputuskan untuk diterbitkan.😌 Maka bagi saya, seorang penterjemah lisan atau dikenali sebagai interpreter merupakan seorang yang sangat hebat. πŸ˜²πŸ‘


- Saidatul

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Penterjemahan

PENTERJEMAHAN