Who Is Robert Lado ?
Assalamualaikum....π
Untuk pengetahuan semua, post lepas telah membicarakan
mengenai jenis-jenis terjemahan secara umum. Kali ini kami membawakan pula
jenis-jenis terjemahan melalui pandangan seorang sarjana penterjemahan iaitu
Robert Lado. π
Beliau merupakan seorang Amerika yang expert dalam bidang
moden lingustik. Beliau telah membahagikan terjemahan kepada 2 bahagian iaitu
terjemahan faktual dan terjemahan sastera.
πCiri-ciri terjemahan faktual:
•
Terjemahan yang memindahkan maklumat yang
berbentuk fakta.
•
Contoh:
–
Terjemahan buku, surat khabat, surat-surat rasmi,
ubat-ubatan, iklan dsbnya.
•
Hendaklah ringkas, sederhana, wajar dan tidak
mengelirukan.
•
Terjemahan yang mengelirukan bukan sahaja
menyesatkan pembaca, malah boleh membawa kemudaratan kepada pembaca.
πCiri-ciri terjemahan sastera:
•
Dilakukan utk kepentingan kesenian &
kesusasteraan.
•
Contoh: Terjemahan prosa, puisi, drama, opera,
cerita-cerita bergambar, filem dsbnya.
•
Amat setia dgn isi teks asal, bentuk
pengungkapannya, & kesan yg ditimbulkan oleh teks tsb.
•
Mampu merasai nuansa & getar rasa yg
terkandung dlm teks asal.
•
Lebih mementingkan keindahan bahasa &
ketajaman pemaknaan bahasa sumber.
•
Kesilapan terjemah tidaklah akan terlalu
mengelirukan pembaca atau memudaratkan mereka.
Jika dilihat daripada ciri-ciri terjemahan yang dinyatakan,
terjemahan faktual sangat mementingkan ketulenan terjemahan berbanding
terjemahan sastera. Hal ini kerana terjemahan faktual mengandungi fakta-fakta
yang tidak boleh disalah ertikan. Jika sesuatu fakta itu berubah, kandungan
maklumat tersebut boleh membawa kemudaratan π Walaupun terjemahan sastera
tidak terlalu mementingkan ketulenan TETAPI perlu diingatkan bahawa kandungan
terjemahan sastera tersebut perlu sampai maksudnya sepertimana kandungan
sastera original.π
Sekian....
-Saidatul
Comments
Post a Comment