Pusat Penterjemahan

Assalamualaikum....

Di Malaysia, terdapat satu institut terjemahan yang dikenali sebagai Institut Terjemahan & Buku Malaysia  (ITBM) atau dahulunya dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia). Institut ini merupakan syarikat berhad yang diasaskan pada 14 September 1993 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan penubuhan sebuah industri penterjemahan di negara Malaysia 

Objektif ITBM:

  1. Memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa;
  2. Memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti dalam bahasa Melayu;
  3. Memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting kebangsaan ke bahasa asing;
  4. Menyediakan platform kepada penulis tempatan bagi menghasilkan karya asli dalam pelbagai genre;
  5. Memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  6. Memperluas promosi dan pemasaran khidmat serta produk ITBM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  7. Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi melalui kursus dan latihan berkaitan terjemahan, penulisan dan penyuntingan;
  8. Memantapkan keupayaan kapasiti dan tadbir urus organisasi untuk menyediakan khidmat dan produk ITBM;
  9. Menyokong dan mendukung dasar kerajaan dan pihak berkepentingan dalam bidang terjemahan dan penerbitan buku;
  10. Meningkat dan mengoptimumkan penggunaan prasarana untuk menunjangi kelestarian bidang terjemahan dan penerbitan buku.
  11. Memantapkan keupayaan penterjemah, editor serta jurubahasa sambilan dan pengurusannya.
ITBM menyediakan khidmat kursus dan latihan untuk sesiapa yang berminat dalam terjemahan. Selain itu, terdapat juga khidmat penterjemahan, penyuntingan, kejurubahasaan dan penerbitan. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang http://itbm.com.my/

Sekian...

- Saidatul 




Comments

Popular posts from this blog

PENTERJEMAHAN

Jenis Terjemahan