KISAH PENCURI YANG DICURI


Selamat pagi kepada semua pembaca, agak lama saya tidak post sesuatu mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan-urusan lain dan saya memohon maaf atas kelewatan post,

Baiklah berdasarkan tajuk kita di atas iaitu "Pencuri yang dicuri", pada post kali ini saya ingin menunjukkan sebuah cerita berkaitan bagaimana seorang pencuri yang dicuri :


Pencuri yang dicuri

2 orang pencuri mencuri seekor keldai, salah seorang pencuri itu membawa keldai tersebut ke pasar untuk dijual. Dalam perjalananannya dia bertemu dengan seorang lelaki yang memikul bekas yang berisi ikan.Lalu lelaki tersebut bertanya kepada pencuri tersebut:"adakah keldai ini untuk dijual?", seraya pencuri itu menjawab:"ya!", lelaki tersebut membalas:"pegangkan bekas ini aku mahu mencubanya", kemudian dia menunggang keldai itu apabila sudah jauh daripada pencuri itu, kemudian dia masuk ke dalam lorong dan bersembunyi, lalu melarikan keldai tersebut. Apabila si pencuri tersebut merasakan dia ditipu, pencuri tersebut kembali ke kawannya yang sama-sama mencuri. Kawannya bertanya:"adakah keldai tadi telah dijual?", dia menjawab:"sudah", kawannya bertanya lagi:"berapa harganya?", pencuri tersebut menjawab:"dengan modalnya dan inilah bekas keuntunggannya.

Pengajarannya disini adalah:

1) Janganlah kita mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang.
2) Islam mengajar supaya menjadi manusia yang baik, bukan sebagai pencuri


Itu sahaja kisah kita pagi ini, moga bertemu kembali pada masa akan datang.

Sekian dari saya.

Oleh :Raja Muhammad Imran Bin Raja Abdul Aziz

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Penterjemahan

PENTERJEMAHAN

Jenis Terjemahan