KAMUS ARAB

ASSALAMUALAIKUM SEMUA !!!

Bertemu lagi kita pada kali ini, posting kali ini saya ingin memperkenalkan kamus-kamus yang boleh digunakan semasa mempelajari Bahasa Arab, sudah tentu setiap bahasa mempunyai kamus bagi mempelbagaikan maksud dan makna perkataannya yang tersendiri.

1)

Kamus Adik


Kamus Adik ini merupakan kamus pertama yang saya beli ketika di Tingkatan 1, kamus ini sangat menarik kerana setiap benda di dalam gambar tersebut mempunyai perkataan dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Arab. Boleh dikatakan jika seseorang pelajar menghafal kamus ini boleh mendapat beratus perkataan baru bagi siapa yang mahu berjinak-jinak dalam Bahasa Arab. Pengalaman saya dahulu ketika  di sekolah asrama, saya dipaksa untuk menghafal beberapa perkataan di dalam kamus ini jika mahu tidur awal, abang-abang disekolah meneruskan pembulian berhikmah ini selama 6 bulan, Alhamdulillah setiap  hari saya tidur lewat dan hasilnya beginilah masih tetap tak menghafal lagi.


2)

Kamus Dwi-Bahasa


Kamus Dwi-Bahasa merupakan medium terbaik untuk mempelajari Bahasa Arab kerana didalamnya terdapat beribu perkataan yang sesuai digunakan sama ada pelajar di peringkat menengah dan universiti.


3)
Kamus al-Wasit


Kamus al-Wasit adalah kamus Arab-Arab yang mempunyai pelbagai perkataan beserta perkataan seerti dan perkataan asal, ianya tersangat-sangat bagus.


Sekian itu sahaja dari saya :)

Oleh : Raja Muhammad Imran Bin Raja Abdul Aziz

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Penterjemahan

PENTERJEMAHAN

Jenis Terjemahan