Ramadhan Kareem Everyone!
ا لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Alhamdulillah. Dah masuk bulan Ramadhan dah kita, ya. Syukur masih diberi rezeki oleh Allah s.w.t. untuk beribadat kepadaNya. Bulan Ramadhan ini sebenarnya, bukan sahaja mendidik kita mengawal hawa nafsu makan semata-mata. Tetapi, berpuasa dapat menundukkan nafsu dan dapat melatih diri agar lebih kuat sama ada dari segi jasmani dan rohani Oleh itu, pada bulan yang mulia ini, sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadat kita kerana ganjaran pahala di bulan Ramadhan tak sama seperti bulan-bulan lain, tau! Jangan lupa juga perbanyakkan amalan-amalan sunat, ye? Yang paling penting, bangun sahur ye sahabat-sahabat. Walaupun bangun untuk minum air sahaja. Kerana pada sahur itu ada berkatnya! Wallahualam. ~ Atirah Razak