Posts

Showing posts from July, 2017

PENTERJEMAHAN

Maksud Terjemahan :   Penterjemahan  atau  alih bahasa  ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing. Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan teknologi , penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu penterjemahan mesin. Teori Terjemahan  Teori terjemahan dikemukakan awal oleh Etienne Dolet (1509-1546) pada awal tahun 1540. Prinsip-prinsipnya adalah: Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks asal. Penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasa asal dan bahas...