WALI YANG FAKIR.
Pada suatu hari, Khalifah telah memberitahu kepada menterinya bahawa beliau ingin mengadakan satu lawatan di bandar-bandar negeri tersebut. Hal ini kerana, khalifah ingin mengetahui keadaan rakyat supaya beliau dapat membantu orang fakir miskin dan golongan yang memerlukan. Apabila khalifah telah sampai di Bandar yang pertama, beliau meminta untuk mengetahui nama-nama orang yang fakir, kemudian beliaun mendapati diantara nama-nama tersebut terdapat nama ketua bandar. Khalifah terkejut dengan hal ini dan bertanya kepada ketua Bandar tesebut, “Adakah engkau merupakan seorang ketua bandar yang miskin?” “Hal ini kerana aku telah membahagikan gajiku untuk diberi kepada gologan fakir miskin supaya dapat menghalang mer...