KAMUS ARAB
ASSALAMUALAIKUM SEMUA !!! Bertemu lagi kita pada kali ini, posting kali ini saya ingin memperkenalkan kamus-kamus yang boleh digunakan semasa mempelajari Bahasa Arab, sudah tentu setiap bahasa mempunyai kamus bagi mempelbagaikan maksud dan makna perkataannya yang tersendiri. 1) Kamus Adik Kamus Adik ini merupakan kamus pertama yang saya beli ketika di Tingkatan 1, kamus ini sangat menarik kerana setiap benda di dalam gambar tersebut mempunyai perkataan dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Arab. Boleh dikatakan jika seseorang pelajar menghafal kamus ini boleh mendapat beratus perkataan baru bagi siapa yang mahu berjinak-jinak dalam Bahasa Arab. Pengalaman saya dahulu ketika di sekolah asrama, saya dipaksa untuk menghafal beberapa perkataan di dalam kamus ini jika mahu tidur awal, abang-abang disekolah meneruskan pembulian berhikmah ini selama 6 bulan, Alhamdulillah setiap hari saya tidur lewat dan hasilnya beginilah masih tetap tak menghafal lagi. 2) ...